fbpx

Tiger Woods menangis tersungkur di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODS melahirkan rasa kecewa kerana ramai pemain terkenal dunia menyertai saingan Siri Jemputan Golf LIV sambil mendakwa merosakkan sukan golf.

ST ANDREWS – Impian Tiger Woods untuk meneruskan perjuangannya di Terbuka Britain gagal direalisasikan apabila dia tersingkir selepas mencatat sembilan atas par 153 di pusingan kedua di St Andrews.

Sudah pasti kekalahan Woods tersebut berpunca keadaan dirinya yang dilihat masih belum cukup sempurna sejurus menjalani pembedahan kaki kanannya akibat kemalangan kereta tahun lalu.

Woods dilihat mengesat air matanya selepas meninggalkan lapangan tersebut sebelum memberi tanda hormat kepada ribuan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu.

“Saya cukup bernasib baik dapat memenanginya dua kali di sini. Saya rasa sedih kerana tidak tahu bagaimana kesihatan saya pada masa akan datang.

“Saya rasa seperti mampu bermain di Terbuka Britain akan datang, tetapi tidak tahu sama ada mampu bertahan cukup lama sehingga ia kembali ke sini,” kata Woods.

Sementara itu, pemain sensasi Australia, Cameron Smith mendahului Terbuka Britain selepas dua pusingan apabila melakukan pusingan 64 untuk berada 13 bawah par keseluruhan.

Selepas melakukan lima bawah par 67 pada pusingan ­pertama, pemain nombor enam dunia itu kini mendahului dua pukulan di depan pemain ­Amerika Syarikat, Cameron Young.

Bagaimanapun, Smith perlu berhati-hati kerana Rory McIlroy hanya tiga pukulan di belakang selepas mencatat 10 bawah par keseluruhan.

“Saya akui ia kedudukan yang baik dan saya perlu bersabar sepanjang hujung minggu. Saya rasa lapangan ini akan menjadi lebih keras dan laju.

“Saya pernah berada di kedudukan ini sejak beberapa tahun lalu, namun keadaan tidak berpihak kepada saya. Jadi kena sabar dan melakukan putt de­ngan baik,” kata Smith. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI