fbpx

Lelaki hina Islam akan dipohon reman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan suspek dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana membuat kenyataan menghina Islam

SEPANG – Lelaki yang menghina Islam seperti tular di platform media sosial hari ini akan di bawa ke Mahkamah Majistret Sepang esok untuk permohonan reman.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 39 tahun itu telah ditahan pukul 12.30 tengah hari tadi di sebuah rumah di Taman Bukit Kuchai, Puchong.

Beliau berkata, suspek yang juga merupakan seorang duda dan bekerja sebagai penghantar makanan itu ditahan susulan satu video berdurasi 36 saat yang tular di laman Instagram.

“Video tular itu memaparkan suspek menghina Allah S.W.T, agama Islam dan bangsa Melayu pukul 3.28 pagi tadi.

“Susulan itu, kami turut menerima enam laporan polis oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Wan Kamarul berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan suspek untuk merakam video berkenaan.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah.

“Kami juga menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI