fbpx

Yayasan Matrix Concept sasar kumpul 300 beg darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Yayasan Matrix Concepts (MCF) dan Pusat Perubatan Mawar dengan kerjasama Persatuan Fo Guang Seremban menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 300 beg darah jenis menerusi penganjuran program derma darah pada 23 sehingga 24 Julai ini.

Penasihat MCF, Datin Seri Yong Chou Lian berkata, program derma darah itu akan diadakan di Pusat Perubatan Mawar dan ia turut melibatkan pihak Tabung Darah Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

“Selepas memasuki fasa peralihan ke endemik, kami berpeluang untuk kembali menganjurkan program tahunan iaitu kempen menderma darah. Kali terakhir ia dijalankan pada bulan Jun 2020 dan kami berjaya mengumpul sebanyak 442 beg darah.

“Pada tahun ini kami mengambil maklum berkenaan peningkatan aktiviti menderma darah di seluruh negara dan pihak Tabung Darah Hospital Tuanku Ja’afar juga memberitahu bekalan darah untuk jenis AB kini pada paras optimum.

“Oleh itu kami menyemak semula sasaran kami dan kali berharap sekurang-kurangnya dapat mengumpul sebanyak 300 beg darah jenis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chou Lian menambah, program yang akan dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang itu juga adalah sempena Hari Derma Darah Sedunia yang disambut pada 14 Jun setiap tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI