fbpx

Toleransi, hormati sensitiviti agama elak perpecahan – MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tiga kiri) menunjukkan replika cek sumbangan kepada kepada mangsa banjir di Baling.

SHAH ALAM – Semua pihak perlu bertoleransi dan menghormati sensitiviti agama bagi mengelak berlaku perpecahan dan pergaduhan antara kaum di negara ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keharmonian dan perpaduan pelbagai bangsa merupakan tonggak kekuatan Malaysia sejak sekian lama.

Katanya, tindakan memperlekeh atau mempermainkan agama lain termasuk Islam sehingga menimbulkan kemarahan tidak sepatutnya berlaku.

“Kita perlu mencontohi Sabah dan Sarawak kerana rakyatnya ada tinggal serumah dengan latar agama berbeza namun hidup aman.

“Justeru, sikap toleransi dan saling menghormati itu penting bagi mengelak perpecahan agama seperti yang berlaku di India dan Pakistan,” katanya selepas melancarkan misi bantuan kepada mangsa banjir Baling, Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Tambah Abdul Aziz, pihaknya menyeru semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan misi berkenaan dianggap sebagai membalas budi atas bantuan yang dihulurkan Kedah ketika bah banjir di negeri ini, tahun lalu.

“Bantuan itu meliputi sumbangan berjumlah RM120,000 termasuk wang tunai, pek makanan asas, selimut dan set dapur memasak.

“Kesemuanya akan diserahkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk diagihkan kepada semua mangsa banjir yang terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI