fbpx

Budak lelaki minta sedekah untuk ‘top up’ permainan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak meminta derma untuk menambah nilai permainan video. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang budak lelaki meminta derma di jalanan untuk menambah nilai permainan video popular, Free Fire (FF), lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @medantalk.

Rakaman itu memaparkan seorang budak lelaki berbaju kelabu dan berkopiah mendekati penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Sambil membawa sebuah kotak kecil, budak itu meminta derma kepada penunggang wanita berkenaan. Wanita itu kemudian mengajaknya berbual.

“Jadi duit (derma) itu untuk apa, nak buat apa? Tambah nilai apa ini?” tanya penunggang motosikal itu kepada budak lelaki tersebut.

Kanak-kanak itu dengan santainya menjawab bahawa derma yang dia kumpul adalah untuk menambah nilai permainan video Free Fire.

“Bukan disalurkan ke masjid, berdosa,” kata wanita itu.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Memang saya geram dengan FF, kesannya teruk. Saya akan marah sahaja anak kalau dia main,” kata seorang netizen.

“Jangan salahkan permainan sahaja, perlu pandai didik anak,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI