fbpx

3 janda antara 10 individu dicekup berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Jaheaik menahan pasangan yang berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN JAHEAIK

KOTA BHARU – Tiga janda antara 10 individu yang dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dalam tiga serbuan berasingan di inap desa, bilik hotel dan rumah sewa di daerah ini awal pagi tadi.

Kesemua individu ditahan selepas masing-masing didapati berada dalam keadaan mencurigakan dalam serbuan Op Korban yang dijalankan pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, serbuan pertama dijalankan di inap desa sebelum menahan enam individu termasuk empat wanita yang disyaki berkhalwat.

Menurutnya, dalam serbuan itu, dua pasangan lelaki dan wanita ditahan selepas mereka didapati tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

“Siasatan mendapati, salah seorang daripada janda yang ditahan bekerja di kantin sebuah sekolah. Ketika serbuan, mereka berada dalam keadaan berpasangan antara satu sama lain.

“Dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Pasir Tumboh di sini pula, seorang lelaki ditahan bersama tiga wanita termasuk dua janda. Ketika serbuan dijalankan, mereka dipercayai sedang berkhalwat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Fadzuli, kesemua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI