fbpx

WHO gesa laksana kembali sekatan kesihatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki memakai pelitup muka dan pelindung muka di daerah Wanchai, Hong Kong pada 29 Jun lalu. – AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Ke­tua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup mula dan penjarakan fizikal susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Beliau yang berucap pada sesi taklimat mingguan WHO berkata,  Covid-19 masih berada di sekeli­ling manusia dan kebanyakan negara tidak menguruskan wabak koronavirus secara berkesan, demikian menurut laman berita RT.

Pada minggu lalu WHO merumuskan bahawa koronavirus  kekal menjadi ‘ancaman kesihatan awam di peringkat antarabangsa’. Tegas Tedros, pandemik Covid-19 jauh sekali daripada ­berakhir.

Pada minggu antara 4 hingga 10 Julai lalu, lebih 5.7 juta kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia, meningkat enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

Angka kematian bagaimanapun kekal mendatar bagi tempoh sepanjang musim panas tahun ini dengan hanya 9,800 kematian dilaporkan pada minggu berakhir  4 Jula lalui.

Angka korban itu adalah lima kali lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, Tedros menyeru pihak berkuasa di seluruh dunia meningkatkan usaha dalam menyampaikan pesanan risiko Covid-19 kepada orang awam serta menggesa sekatan kesihatan dilaksanakan semula seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik.

Mandat pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal telah dimansuhkan di banyak  negara awal tahun ini meskipun segelintir negara masih menguatkuasakan peraturan itu di tempat awam seperti Korea Selatan dan China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI