fbpx

Peniaga runcit terima padah tetap syarat beli minyak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang ketika menjalankan operasi di sebuah kedai runcit di Jalan Pesara Claimant, George Town di sini semalam.

GEORGE TOWN – Taktik seorang peniaga yang mengenakan pembelian bersyarat kepada pelanggan bagi mendapatkan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram di kedai runcitnya di Jalan Pesara Claimant di sini akhirnya memakan diri semalam.

Lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) Pulau Pinang kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Pegawainya, A.Mogan berkata, serbuan dilakukan hasil aduan orang ramai dan risikan pihaknya sejak beberapa hari lalu.

”Kami berjaya menumpaskan kegiatan seorang peniaga yang didapati mengenakan pembelian bersyarat tanpa kebenaran pengawal bekalan terhadap minyak masak peket bersubsidi satu kilogram dalam menjalankan perniagaan.

“Lelaki tempatan itu didapati mengenakan pembelian bersyarat di mana pelanggan perlu membeli barangan melebihi RM10 ke atas baru layak membeli dua peket minyak masak bersubsidi,” katanya kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut beliau, hasil serbuan tersebut pihaknya turut menyita sebanyak 187 minyak masak peket  bersubsidi bernilai RM467.50.

Tambah beliau, pihaknya akan terus giat menjalankan pemantauan serta pemeriksaan terhadap bekalan minyak masak dan barangan di sekitar Pulau Pinang. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI