fbpx

Vlog bersiri BTS ubat rindu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS.

KUMPULAN fenomena BTS baru-baru ini melancarkan vlog bertajuk BTS-Vlog yang akan memfokuskan kepada aktiviti anggota kumpulan itu secara individu.

Memetik laporan Allkpop, siri vlog istimewa tersebut akan disiarkan setiap hari Sabtu pada pukul 7 malam waktu tempatan Korea Selatan menerusi saluran YouTube kumpulan itu.

Menerusi poster yang dimuat naik dalam Twitter rasmi BTS, vlog tersebut menampilkan tujuh tema seperti seni dan kebudayaan, pelancongan, masakan dan sebagainya.

Menurut sumber, penghasilan vlog tersebut adalah salah satu projek solo kesemua anggota kumpulan selepas mengumumkan mereka berehat sebagai BTS dan akan memfokuskan kepada projek solo.

Vlog pertama sudah pun bersiaran pada 9 Julai lalu yang menampilkan salah seorang ahli iaitu V memandu tanpa tujuan.

Menerusi jadual yang dikeluarkan, vlog J-Hope akan ditayangkan pada 16 Julai disusuli Jimin dan RM dan anggota lain mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI