fbpx

Remaja perempuan maut, dua parah nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 294.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kampar hari ini

KAMPAR – Seorang remaja perempuan maut, manakala dua lelaki parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 294.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, awal pagi tadi.

Nahas sekitar pukul 1.45 pagi itu mengakibatkan Loh Khai Wen, 19, dan dua mangsa lain, Lim Wai Hoe, 26, serta Hew Jin Bin, 19, mengalami kecederaan parah.

Khai Wen bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada pukul 12 tengah hari tadi semasa rawatan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan membabitkan kereta Proton Iswara dinaiki ketiga-tiga mangsa dengan sebuah treler dan kereta jenis Honda City.

Katanya, siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

“Dalam kejadian itu, pemandu treler berusia 41 tahun tidak cedera manakala pemandu Honda City berusia 30 tahun cedera ringan di tangan.

“Ketiga-tiga mangsa yang parah dihantar ke HRPB untuk rawatan namun remaja perempuan yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta Proton Iswara itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI