fbpx

Kabinet setuju draf pindaan larangan tukar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Mesyuarat jemaah menteri semalam menyokong dan bersetuju dengan draf Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Ia disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung isu pindaan perkara tiga perlembagaan tersebut.

“Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU itu dan mengenai peruntukan larangan tersebut yang dilantik Dewan Rakyat pada 11 Mac lalu telah memuktamadkan pindaan kecil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan berkenaan ujar beliau, turut meliputi draf penyata yang dipersetujui pada 12 Julai lalu dan seterusnya anggota jawatankuasa Parlimen tersebut sudah mengesahkan draf itu.

Beliau kemudian memaklumkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya di sini semalam dan proses itu berjalan lancar melalui satu nota jemaah menteri dengan tiada persoalan dibangkit.

Draf itu juga dipersetujui sebulat suara dan pembentangan selain perbahasan RUU itu dalam sesi mesyuarat kedua Parlimen akan diteruskan mengikut garis masa yang telah dirancang.

Justeru kata Wan Junaidi, selaras Peraturan 60 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, surat rasmi sudah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan itu bagi mendapat kelulusan.

Perkara tersebut jelasnya, akan dibentangkan di meja kesemua ahli Dewan Rakyat pada 18 Julai depan sebagai rujukan dan penelitian lebih awal terhadap draf pindaan RUU berkenaan.

Pada masa sama, beliau mengulangi komitmen daripada pihak kerajaan untuk sesi bacaan kali kedua draf tersebut yang sudah diberikan rujukan dengan bernombor sebagai D.R. 15/2022.

“Bacaan berkenaan bakal diadakan pada 27 dan 28 Julai depan semasa sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 tertakluk budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI