fbpx

Felda bantu agenda sekuriti makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI bersama peneroka yang hadir pada sambutan hari Peneroka Felda 2022 di Padang Awam Felda Rentam di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Felda bukan sahaja memainkan peranan yang besar dalam sektor perladangan tetapi turut sama menyumbang kepada sekuriti makanan negara.

Beliau berkata, Felda memanifestasikan komitmen yang utuh dalam saranan lima langkah bagi menjamin sekuriti makanan termasuk memperkasa ekosistem agromakanan dengan bekalan rantaian diterajui oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan.

“Melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang dilaksanakan sejak 2019 Felda telah meluluskan sebanyak 8,542 projek penternakan dan pertanian dengan dana berjumlah RM212 juta.

“Di samping membantu agenda sekuriti makanan negara sebahagian projek PPP juga telah mula berhasil dan dapat memberikan tambahan pendapatan kepada 56,699 orang peneroka dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan,”katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 di Padang Awam Felda Rentam di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Felda telah melangkah jauh mencipta pelbagai kejayaan sejak 66 tahun penubuhan kepada masyarakat peneroka dan juga negara.

Beliau berkata antaranya termasuk dalam bidang perladangan, pemerkasaan mekanisasi dan teknologi dalam pengurusan ladang peneroka sehingga produktiviti dapat ditingkatkan kepada purata 20 tan sehektar setahun.

“Saya berbesar hati ingin berkongsi bahawa peningkatan produktiviti ini telah membawa kepada penciptaan nilai buat warga peneroka dengan jumlah melebihi RM1 bilion setahun,”katanya.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan peneroka tanaman getah dan mendengar keluh kesah mereka yang bimbang dengan harga getah yang rendah.

Katanya selain pelbagai inisiatif dilakukan, Felda juga membenarkan peneroka tanaman getah untuk membuat pilihan bagi menukar kepada tanaman kelapa sawit pada masa akan datang.

“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa Felda akan memperuntukkan RM6.1 juta dana pengurusan tahun 2022 bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn Bhd.

“Dengan pengambilalihan ini Felda dan FGV Rubber Industries telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan kos operasi kilang sebanyak 23 sen bagi setiap kilogram
getah kering dengan tambahan lagi sebanyak lima sen apabila mencapai sasaran bulanan,”.

Jelasnya, keseluruhan pengurangan sebanyak 28 sen ini akan memberikan tambahan pendapatan RM11.2 juta bagi 10,707 peneroka tanaman getah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI