fbpx

Elena Rybakina berang Rusia ‘curi kredit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYBAKINA menjadi pemain Kazakhstan pertama menjuarai Grand Slam selepas memenangi Kejuaraan Wimbledon musim ini. – AFP

NUR-SULTAN, Kazakhstan – Juara baharu Wimbledon yang juga pemain naturalisasi Kazakhstan, Elena Rybakina menyelar Persatuan Tenis Rusia yang mendakwa dirinya adalah ‘produk’ kelahiran akademi tenis negara itu.

Sebagai rekod, Rybakina mencipta sensasi tersendiri apabila menjadi pemain tenis pertama Kazakhstan yang berjaya menjulang trofi Grand Slam itu selepas mendominasi Kejuaraan Wimbledon pada minggu lalu.

Rybakina yang menjadi warga Kazakhstan sejak 2018 mengakui dirinya cukup bertuah apabila dapat mencapai kejayaan ketika sudah bergelar pemain senior meskipun tidak diletakkan harapan tinggi sewaktu mewakili Rusia pada usia remaja.

“Kejayaan yang hadir bukanlah mudah dan saya percaya apa yang saya kecapi ketika ini adalah hasil kerja keras satu pasukan kerana anda perlu berkorban untuk bergelar pemain profesional.

“Jika ada yang katakan saya adalah produk dari Rusia, sudah tentu saya tidak bersetuju. Ketika remaja, saya dipandang rendah oleh mereka. Kini saya cukup bertuah apabila diberi layanan yang baik oleh Kazakhs­tan,” katanya.

Sebagai rekod, Rybakina muncul juara selepas ­menewaskan pemain pilihan ketiga dari Tunisia, Ons Jabeur 3-6, 6-2, 6-2.

Presiden Persatuan Tenis Rusia, Shamil Tarpischev mendakwa kemenangan Rybakina yang kini berusia 23 tahun, merupakan kejayaan bagi Rusia selepas atlet negara itu dan Belarus diharamkan daripada bersaing di pentas ­Wimbledon tahun ini.

“Tahniah kepada Rybakina yang berjaya memenangi saingan Wimbledon baru-baru ini. Ini adalah perkembangan positif dan sudah tentu ­kejayaan ini juga adalah satu kemenangan bagi Rusia,” kata Tarpischev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI