fbpx

Bera perintis teknologi baharu RuralStar Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) menyampaikan Huawei Matpad kepada seorang pelajar di Dewan Konvensyen Bera di Bera hari ini.

BERA – Bera menjadi daerah pertama di negara ini menggunakan teknologi terbaharu Huawei RuralStar Pro dalam usaha merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar melalui pemasangan infrastruktur digital.

Pelancaran teknologi terbaharu melibatkan kerjasama antara Celcom Axiata dan Huawei itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, Pelancaran RuralStar Pro amat penting agar teknologi baharu seperti itu dapat memudahkan salinghubungan kepada komuniti-komuniti yang sukar dijangkau.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Huawei Malaysia dan Majlis Daerah Bera kerana bekerjasama untuk menganjurkan majlis yang julung kali diadakan di luar bandar bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk di sini.

“RuralStar Pro merupakan peranti infrastruktur rangkaian telekomunikasi teknologi terkini yang dapat menghubungkan kawasan yang bukan hanya terpencil, tetapi tidak mempunyai infrastruktur komunikasi yang lengkap,” katanya selepas melancarkan Huawei RuralStar Pro dan penyerahan Huawei MatePad kepada pelajar daerah Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Pemasangan RuralStar Pro amat signifikan dalam merapatkan jurang digital apabila tidak mennggunakan infrastruktur yang tinggi dan dapat dipasang dalam tempoh singkat antara lima hingga tujuh hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI