fbpx

4 kapal bersauh secara haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kapal asing yang ditahan APMM selepas disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Empat buah kapal tangki termasuk sebuah kapal yang berdaftar di negara ini ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di Johor Timur sejak seminggu yang lalu.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, tiga lagi kapal merupakan kapal asing berdaftar masing-masing dari Zanzibar, Bangkok dan Singapura.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Tanjung Sedili telah menahan kesemua kapal itu sejak 7 Julai lalu. Kapal pertama ditahan berdaftar dari Zanzibar di kedudukan 15 batu nautika (bn) timur Tanjung Lompat pada pukul 10.15 pagi 7 Julai.

“Kapal kedua berdaftar dari Bangkok, ditahan pada pukul 3 petang di kedudukan 27 bn timur Tanjung Sedili Kechil pada 8 Julai.

“Kapal ketiga berdaftar dari Malaysia ditahan di kedudukan 16 bn timur laut Tanjung Penawar pada pukul 5.30 petang pada 10 Julai,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kapal tangki keempat pula yang berdaftar di Singapura ditahan pada pukul 11.50 pagi semalam di kedudukan 12.5 bn timur Tanjung Lompat.

Jelas beliau, kapal-kapal tangki yang ditahan itu dikendalikan oleh 43 orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Thailand dan Singapura berusia lingkungan 24 hingga 64 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua kapal tangki ditahan setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Laut Malaysia ketika pemeriksaan dilakukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI