fbpx

Tukang gunting didakwa culik bekas kekasih, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hebahan mengenai kes culik membabitkan seorang wanita dan anaknya di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang tukang gunting rambut yang sebelum ini didakwa menculik bekas kekasih dan anaknya minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pertuduhan dibuat selepas pihaknya mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Katanya, pihaknya sebelum ini mendapat perintah reman empat hari sebelum disambung dua lagi sehingga esok.

“Tertuduh tdibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dan kes didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang tukang gunting rambut menyerah diri selepas menculik wanita dan anak lelakinya yang berusia enam tahun di hadapan sebuah tadika swasta di U12 di sini pada Khamis lalu.

Suspek diberkas pada pukul 10.10 pagi selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini kira-kira 16 jam selepas kejadian tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI