fbpx

Paduan Alif Satar & The Locos, Diandra Arjunaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENAMPILKAN kelainan, Alif Satar & The Locos menjemput penyanyi Diandra Arjunaidi menyanyikan lagu Lelaki X Sempurna versi kedua.

NAMA yang tidak perlu diperkenalkan lagi, penyanyi popular Alif Satar bersama band The Locos kini kembali mengintai perhatian peminat muzik tempatan dengan sebuah single terbaharu berjudul Lelaki X Sempurna versi kedua.

Menariknya, lagu yang ciptaan penyanyi dan komposer Yonnyboii bersama Alif dan The Locos tersebut menampilkan suara penyanyi wanita, Diandra Arjunaidi.

Kumpulan itu sebelum ini terlebih dahulu melancarkan single berkenaan dalam versi pertama iaitu tanpa kehadiran suara wanita.

“Kali ini, kami ingin tampilkan kelainan dengan memaparkan Diandra sebagai suara latar dan juga pasangan duet Alif Satar & The Locos (ASTL),” kata Alif.

Lagu berentak pop tersebut diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Menceritakan lanjut tentang pembikinan single tersebut, pemain bass The Locos iaitu Efry Arwis berkata, prosesnya berlangsung ketika negara memasuki fasa peralihan endemik dengan dimulakan dengan rakaman lagu bersama Raihan.

“Selepas negara memasuki fasa peralihan endemik, barulah kami berpeluang merakamkan lagu bersama Raihan seterusnya single ini.

“Pada awalnya, lagu ini dicipta untuk nyanyian solo. Selepas dirombak, kami olah sedikit agar lebih ‘upbeat’ yang dirakamkan bersama band,” katanya.

Tambah Efry, disebabkan timbul rasa kurang ‘sesuatu’ dalam lagu Lelaki X Sempurna, muncul idea mempelawa Diandra untuk menyumbangkan suaranya dalam versi kedua.

“Lelaki X Sempurna telah dirakam dan dilancarkan menerusi beberapa platform. Tetapi kami rasa ada sesuatu yang kurang.

“Jadi kami pelawa Diandra selain Alif sendiri yang mencadangkan dia untuk dipaparkan dalam lagu ini.

“Sebab Alif sememangnya menyokong penglibatan artis indie dalam karya-karya band kami,” ujarnya lagi.

LAGU Lelaki X Sempurna ft. Diandra Arjunaidi boleh dimuat turun menerusi iTunes dan dinikmati bila-bila masa dalam aplikasi penstriman seperti JOOX, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Kemelayuan

Lagu Lelaki X Sempurna mengisahkan luahan perasaan seorang lelaki yang berasa tidak sempurna, tetapi kekasihnya bagaimanapun menerima kekurangan orang yang dicintai.

“Lagu ini bergenre pop santai dengan disuntik pelbagai elemen muzik yang berbeza.

“Kalau pendengar amati, ada sedikit muzik jazz dan R&B yang ditambah elemen kemelayuan agar dapat diterima masyarakat,” kata pemain saksofon, Faliq Auri.

Sebagai seorang penyanyi yang sudah berkecimpung dalam bidang seni selama 15 tahun lamanya, pelbagai perkara sudah ditempuhi Alif.

Dikenali sebagai penyanyi solo lelaki terbaik, pengacara hebat dan selebriti versatil, ironinya Alif mengharapkan karya-karyanya bersama The Locos boleh diterima ramai.

Muzik indie

“Saya berharap peminat ASTL serta penggemar muzik tempatan boleh terima dan hadam lagu-lagu yang kami bawakan.

“Sebab karya kami bukan seperti kebanyakan lagu lain di luar sana.

“Azam ASTL adalah untuk membawakan muzik pop cara kami ke arena arus perdana. Jangan lupa terus menyokong ASTL dan nantikan album kami tidak lama lagi,” ujarnya.

Lagu Lelaki X Sempurna ft. Diandra Arjunaidi boleh dimuat turun menerusi iTunes dan dinikmati bila-bila masa dalam aplikasi penstriman seperti JOOX, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Video muzik rasmi lagu berkenaan juga boleh ditonton menerusi YouTube Alif Satar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI