fbpx

Lelaki ditampar kerana cium dahi ketika bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki mencium dahi bakal isterinya ketika majlis pertunangan. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang lelaki yang ditampar bakal isterinya selepas mencium dahi wanita itu ketika majlis pertunangan, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.

Rakaman memaparkan sebuah majlis pertunangan dengan pasangan itu sedang menyarung cincin di hadapan ahli keluarga.

Lelaki berbaju batik dan berseluar hitam itu dilihat menyarung cincin pada jari manis bakal isterinya.

Selepas itu, dia secara tiba-tiba memegang kepala lalu mencium dahi wanita itu di hadapan orang ramai. 

Wanita berkenaan dilihat terkejut, lantas menampar tangan lelaki itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tunggu selesai ijab kabul dahulu ya,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI