fbpx

Kemukakan Borang B Tahun Taksiran 2021 sebelum Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan kepada semua pembayar cukai individu pemastautin yang mempunyai pendapatan perniagaan agar mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2021 sebelum 15 Julai ini melalui kaedah e-Filing.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, sehingga 31 Mei lalu, penerimaan Borang Nyata Cukai TT 2021 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah sebanyak 166,869.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 165,673 diterima melalui kaedah e-Filing dan 1,196 melalui Borang Kertas (manual).

“Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai,” katanya di sini hari ini.

Tambah LHDN, sebagai panduan orang ramai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 melalui https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf atau https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf.

Jelasnya, semua pembayar cukai dinasikan agar mengisi maklumat yang tepat serta terkini dalam Borang Nyata Cukai bagi kemudahan pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI