fbpx

Bom meletup di Yangon, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan berkawal di hadapan sebuah pagar selepas satu insiden letupan di stesen bas di Yangon pada 6 April 2021. – AFP

YANGON, MYANMAR – Satu letupan bom berhampiran sebuah pusat beli-belah di Yangon, Myanmar telah mengorbankan dua orang serta mencederakan 11 yang lain, kata petugas penyelamat dan media tempatan hari ini.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu, yang berlaku pada petang semalam ketika negara tersebut menyambut cuti umum bagi satu festival Buddha.

“Apabila kami tiba di lokasi kejadian, ramai mangsa cedera dan terdapat kesan darah di tepi jalan,” kata seorang anggota pasukan penyelamat.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, 11 orang cedera dan dua terbunuh,” tambahnya.

Jurucakap tentera bagaimanapun tidak memberi sebarang komen mengenai insiden tersebut.

Media tempatan melaporkan bahawa dua individu yang maut itu meninggal dunia di hospital. Pasukan penyelamat yang lain menambah, mereka telah membawa enam mangsa ke hospital dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Pada Mei lalu, satu letupan berhampiran perhentian bas di sebuah kawasan kejiranan di Yangon telah membunuh seorang lelaki dan mencederakan sembilan yang lain. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI