fbpx

Banjir Baling: RISDA bantu 140 pekebun kecil terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Salim (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa tragedi kepala air dalam lawatan kerjanya ke Kampung Bukit Iboi, Baling hari ini.

BALING – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan membantu seramai 140 pekebun kecil getah yang terjejas dalam kejadian kepala air dan banjir kilat di Kupang, di sini pada 4 Julai lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, kesemua pekebun kecil tersebut terlibat dalam program Bantuan Tanam Semula Getah di kawasan seluas 98 hektar.

“Kita akan bantu semua pekebun kecil yang terjejas itu untuk membangunkan semula kebun yang rosak atau musnah akibat bencana menerusi bantuan Rancangan Pemulihan Kebun (RPK).

“Mereka layak menerima bantuan pemulihan pada kadar maksimum RM7,710 sehektar,” katanya selepas melakukan lawatan kerja kawasan terjejas di Kampung Bukit Iboi, Kupang di sini hari ini.

Kata beliau, bantuan pemulihan kebun tersebut berupa benih, baja dan prasarana.

“Kita juga akan membaik pulih jalan pertanian yang rosak supaya pekebun kecil dapat pergi menoreh getah semula selepas ini,” ujarnya.

Menurutnya, kesemua pekebun kecil itu perlu dibantu segera memandangkan daerah Baling adalah antara pengeluar getah terbesar dalam negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI