fbpx

14 individu nyaris maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bertugas sedang memadam kebakaran dari terus merebak ke bangunan bersebelahan. - FOTO IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Seramai 13 lelaki warga asing dan seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kejadian kebakaran di sebuah bangunan rumah kedai sekitar Lengkungan Brunei, Pudu awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.34 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Pudu, BBP Hang Tuah dan Tun Razak bersama beberapa jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Seramai 13 lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 75 tahun berjaya diselamatkan anggota bertugas,” kata kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, kebakaran berlaku di sebuah kedai pencetakan yang menyebabkan ia musnah hampir 80 peratus.

“Anggota bertugas berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 7.24 pagi dari terus merebak ke bangunan bersebelahan.

“Punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI