fbpx

Waris Sultan Sulu rampas anak syarikat Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai Sandakan dan Laut Sulu di Sabah. - Alamy

BANDAR RAYA LUXEMBOURG – Dua anak syarikat milik pengeluar minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris arwah Sultan Sulu, kata beberapa peguam dalam pertikaian undang-undang bernilai AS$15 bilion (RM66.5 bilion) berhubung satu perjanjian yang ditandatangani 144 tahun lalu.

Menurut akhbar Financial Times, waris Sultan Sulu mendakwa bahawa mereka menjadi pemilik tanah yang kini merupakan negeri Sabah, dalam negara Malaysia, kata pegawai mahkamah di Luxembourg yang merampas syarikat tersebut bagi pihak anak guamnya.

Dua anak syarikat yang berdaftar di Luxembourg tersebut, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menguruskan kepentingan gas syarikat tenaga milik negara Malaysia di Azerbaijan yang dilaporkan bernilai lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah tersebut, yang buat kali pertama dilaporkan, merupakan sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dilancarkan pada tahun 2017 oleh waris Kesultanan Sulu.

Ia bertujuan untuk mendapatkan pampasan bagi tuntutan tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan Britain pada 1878. Ia berlaku sebelum penemuan  sumber asli yang meluas di kawasan tersebut.

Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan selepas memperoleh kemerdekaan dari Britain, perlu membayar sebanyak AS$14.9 bilion (RM66.1 bilion) kepada waris Sultan Sulu.

Ia telah menimbulkan kemarahan Malaysia yang  enggan tunduk kepada arahan tersebut.  Kini, Petronas turut terjebak dalam pertikaian tersebut ketika syarikat itu diharap dapat memanfaatkan harga minyak yang melambung tinggi untuk menaikkan kembali ekonomi Malaysia selepas pandemik Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI