fbpx

Polis temui senapang 9 laras di rumah suspek pembunuh Shinzo Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui sebilangan senjata api buatan sendiri di rumah Tetsuya. – Twitter @PopularFront_

TOKYO – Polis Jepun menemui ruang simpanan senjata buatan sendiri di kediaman suspek kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, termasuk senapang patah sembilan laras, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Abe, 67, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan pada leher dan dada selepas ditembak menggunakan senjata api buatan sendiri ketika berkempen di wilayah Nara,  Jumaat lalu.

Suspek yang melepaskan tembakan, Yamagami Tetsuya, merupakan seorang pesara tentera laut Jepun. Dia dilaporkan me­rancang pembunuhan itu selama berbulan-bulan.

Serbuan yang dilakukan di pangsapuri miliknya menemui beberapa senjata api buatan sendiri serta bahan letupan.

Menurut media tempatan, senjata api yang ditemui  termasuk senapang patah lima dan sembilan laras .

Suspek berusia 41 tahun itu juga dikatakan memberitahu polis bahawa dia membuat senapang tersebut menggunakan besi paip.  Ada antaranya mempunyai  tiga, lima atau enam laras  dengan bahan binaan dibeli secara online, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK).

Tetsuya  juga tidak cuba me­larikan diri sejurus selepas me­nembak Abe, menyebabkan dia diberkas serta-merta oleh polis.

Suspek juga dilaporkan me­ngakui bahawa dia tiada pilihan selain membunuh Abe.

Tetsuya yang bekerja di sebuah gudang di Kyoto, digambarkan sebagai lelaki pendiam.

Seorang jirannya mendakwa mendengar bunyi bising seperti seseorang sedang menggunakan gergaji pada waktu lewat malam dalam masa beberapa bulan lepas.

Suspek berkata, dia menembak Abe kerana pemimpin itu mempunyai kaitan dengan sebuah organisasi keagamaan yang dibencinya. Organisasi itu  menyebabkan ibunya obses sehinggakan perniagaan milik keluarga mereka muflis kerana ibu suspek kerap menderma kepada pertubuhan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI