fbpx

Kasut berkenaan kurniaan Sultan Johor – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut yang didakwa menjadi isu tuduhan tidak berasas terhadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan individu yang mengatakan beliau memakai kasut yang berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan menjawat jawatan berkenaan.

Onn Hafiz sebaliknya memberitahu, kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap beliau.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya.

Terdahulu, perkara berkenaan turut dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Cina tempatan yang memetik sebuah akaun media sosial mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI