fbpx

Perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di Manjoi, Ipoh hari ini. - /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa perjanjian bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dimeterai antara PN dengan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia disaksikan ramai pihak.

Beliau berkata, pemeteraian tersebut telah disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mewakili pihaknya, manakala Tan Sri Annuar Musa antara saksi bagi Ismail Sabri.

“Saya meterai perjanjian itu dengan Hamzah menjadi saksi, yang menggubal draf (perjanjian) itu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung Pas). Jadi semua kepimpinan tertinggi PN tahu tentang itu.

“Kehadiran kita dalam kerajaan atas dasar PN, bukan atas nama parti sahaja. Antara contoh, selain jawatan itu, tentang bilangan jawatan dalam Kabinet. Sewaktu saya keadaan tak banyak berubah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa sama, menurut beliau, antara kandungan perjanjian dimeterai termasuklah bilangan kuota dalam Kabinet, seperti tiga untuk Pas, 10 (Bersatu), termasuklah jumlah untuk UMNO.

“Sebab itu bila ada kes Datuk Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu, wajarlah kuota itu diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu. Kita tak tuntut lebih, yang kita kemukakan apa yang termaktub dalam perjanjian, yang Perdana Menteri tandatangani disaksikan Tan Sri Annuar Musa dan saya sebagai PN disaksikan Hamzah dan ramai lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI