fbpx

Jumlah pesakit Covid-19 dirawat di hospital naik 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan awam bagi jumlah sama menunjukkan tiada perubahan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-27 2022 iaitu pada 3 hingga 9 Julai lalu.

“Pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 14 peratus, manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 meningkat 17 peratus.

“Tiada perubahan pada penggunaan katil bukan kritikal, namun katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat satu peratus manakala katil di Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat dua peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya mendapati kes-kes positif Covid-19 yang dipantau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan peningkatan apabila bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat 27.8 peratus.

“Bilangan kes Covid-19 baru yang menjalani pemantauan di rumah juga meningkat 12.6 peratus manakala bilangan kes yang dirujuk CAC ke PKRC dan ke hospital pula meningkat 67.5 peratus.

“Untuk trend kes aktif harian Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 27/2022 ia meningkat kepada 23.4 peratus daripada 43,203 kes kepada 53,306 kes,” ujar beliau.

Dr. Noor Hisham berkata, bilangan kes kematian pada ME 27/2022 juga menunjukkan peningkatan 46.2 peratus iaitu 26 kes kepada 38 kes berbanding sewaktu ME 26/2022 dan purata kes aktif setiap hari bagi ME 27/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 11.0 peratus.

“Sambutan Aidiladha kali ini merupakan satu rahmat namun perlu diingatkan bahawa Covid-19 masih lagi menjadi musuh utama dan usaha memeranginya masih berterusan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI