fbpx

Haidar Hasanudin nyaris jadi ‘korban’ disondol lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haidar Hasanudin

PETALING JAYA – Kehadiran Hari Raya Aidiladha mengingatkan pelakon yang semakin meningkat naik Haidar Hasanudin tentang pengalaman cemas apabila hampir menjadi mangsa, disondol lembu korban dalam satu peristiwa beberapa tahun lalu.

Menurut Haidar, 33, kejadian tersebut berlaku sekitar 2010 ketika dia bersama beberapa rakan sedang duduk minum-minum di sebuah gerai.

“Ketika sedang duduk melepak di gerai berhampiran kawasan surau, tiba-tiba seekor lembu yang diikat untuk dikorbankan pada hari raya terlepas dan meluru ke arah kami.

“Kalau diingat semula peristiwa itu memang menyeramkan. Tapi rasa lucu pun ada juga sebab ketika itu saya dan beberapa rakan lain lari bertempiaran akibat dikejar lembu.

“Saya bernasib baik walaupun hampir disondol. Kalau saya tidak berjaya menyelamatkan diri, barangkali saya yang jadi ‘korban’ agaknya,” ujar Haidar.

Kata pelakon siri Hantu Raya Pergi Perang itu lagi, kejadian yang berlaku pada malam raya di AU3, Keramat, Kuala Lumpur itu menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

“Ketika lembu itu meluru ke arah kami, saya jadi tergamam seketika sebab mahu pastikan betul-betul ‘benda’ yang berlari menghala ke arah kami. Bila dah nampak itu adalah lembu, baru kami bertempiaran lari,” katanya yang menyambut Aidiladha tahun ini di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Haidar yang sedang bercuti sehingga esok akan turun ke lokasi penggambaran telefilem Hantu Penanggal Mak Kiah untuk saluran Astro First serta drama bersiri I Love You Sayang (TV3). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI