fbpx

Traktor percepat ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pelaksanaan ibadah korban di perkarangan masjid Al-Hilal Sepayang di Rompin.

ROMPIN – Penggunaan traktor dalam pelaksanaan ibadah korban menjadi antara kaedah berkesan dalam mempercepatkan lagi pelaksanaan ibadah itu di Masjid al-Hilal, Sepayang di sini.

Jika sebelum ini tempoh menyembelih lembu mengambil masa lama sehingga 30 minit khususnya ketika menangkap haiwan berkenaan tetapi kini mengambil masa hanya kira-kira 10 minit.

Imam Masjid Al-Hilal, Husin Deraman berkata, sebanyak 23 ekor lembu dikorbankan tahun ini di masjid berkenaan dengan kaedah gotong-royong.

“Proses pelaksanaan ibadah korban berjalan lancar dan kali ini penggunaan traktor dilihat amat signifikan dalam membantu mempercepatkan dan memudahkan pelaksanaan proses ibadah korban.

“Bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga khususnya ketika hendak menjatuhkan haiwan korban ia juga dapat mengurankan jumlah tenaga kerja,”katanya ketika ditemui di pusat sembelihan korban Masjid Al-Hilal Sepayang, di sini hari ini.

Katanya, pada tahun ini semula lembu yang dikorbankan termasuklah milik persendirian perlu dihantar ke kawasan sembelihan masjid Al-Hilal untuk disembelih oleh individu yang dilantik.

Dalam pada itu seorang penduduk, Abdul Manaf Said, 50, berkata, meskipun lembu perlu disembelih di masjid namun pelaksanaan ibadah korban kali ini adalah lancar dan lebih cepat.

“Alhamdulillah proses sembelihan begitu cepat dengan penggunaan traktor. Selepas sembelihan saya membawa lembu ke rumah untuk dilapah bersama ahli keluarga dan jiran sebelum diagihkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI