fbpx

Sherry Alhadad mahu bersuami, tapi tiada jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERRY ALHADAD

MENCECAH usia 37 tahun, pelakon, pelawak dan pengacara popular Sherry Alhadad mengakui hatinya masih ‘lompong’ daripada ditakluki mana-mana lelaki.

Bukan tidak endah, namun Sherry terlalu sibuk dengan kerjaya berbanding meluangkan masa memikirkan soal cinta.

Jauh di sudut hatinya, sebagai wanita, dia tetap berharap dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang boleh menerima siapa pemilik nama sebenar Sharifah Mariam

Syed Abdullah Alhadad itu seadanya, bukan bersandarkan glamor dan populariti.

Sherry juga mengakui kesibukan kerja menjadi penyebab utama dia masih berlindung di sebalik status solo.

“Saya memang sibuk dengan kerja sehinggakan tiada masa untuk fikir tentang jodoh. Saya pernah bercakap kepada seorang teman rapat bahawa, jika saya ada seorang teman lelaki, sudah lama saya ditinggalkan kerana terlalu sibuk.

“Di sekeliling saya juga hanya orang yang sama iaitu dengan kawan rapat dan keluarga. Jadi untuk bertemu dengan orang luar, bukan suatu perkara yang mudah,” katanya.

JAUH di sudut hatinya, sebagai wanita, dia tetap berharap dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang boleh menerima siapa pemilik nama sebenar Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad itu seadanya, bukan bersandarkan glamor dan populariti.

Disoal tentang calon jodoh yang diharapkan, Sherry mahukan seorang lelaki yang tidak memandang dirinya sebagai ‘Sherry Alhadad’, sebaliknya sekadar wanita biasa.

“Saya seorang yang ringkas. Jika tiada pekerjaan, saya lebih selesa pakai baju biasa dan tidak bersolek. Jadi saya mahu seseorang yang boleh menerima diri saya sebegitu, bukannya disebabkan populariti saya,” katanya.

Ujar pelakon siri The Maid itu lagi, dia cukup sedar dirinya ‘berbeza’ dengan wanita lain atas faktor fizikal.

Enggan selamanya membiarkan dirinya sebegitu, Sherry hari ini semakin menarik perhatian ramai apabila kelihatan semakin langsing kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kata Sherry, sejak kecil dia sememangnya sudah dikurniakan bentuk tubuh ‘montel’ kerana faktor keturunan dalam keluarganya.

“Saya semakin berumur. Doktor pun pesan untuk jaga kesihatan dan turunkan sedikit berat badan sebab saiz badan saya yang besar.

“Jadi saya mula mengamalkan gaya hidup sihat bermula dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Alhamdulillah saya sendiri pun tidak ada apa-apa penyakit setakat ini. Malah dalam ahli keluarga sendiri pun tidak ada sejarah menghidap penyakit-penyakit kronik,” katanya.

Dengan usaha dan dibantu dengan pengambilan makanan tambahan, Sherry kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak hampir 20 kilogram (kg) apabila berat badannya kini mencecah 96kg, berbanding lebih 100kg sebelum ini.

Sasarannya, Sherry kini dalam usaha untuk mencapai berat badan sebanyak 80kg, namun mengakui perkara itu bukanlah suatu impian yang mudah.

“Sekarang berat badan saya 96kg. Saya cuba untuk capai angka 80kg. Tapi mahu ke angka tersebut susah betul.

“Saya kena kuat dan istiqamah untuk kekal berdisiplin. Apa yang pasti, saya tidak pernah melakukan apa-apa prosedur pembedahan seperti potong usus (bariatric) untuk kurus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI