fbpx

‘Patatimo Boys’ harap rezeki Hari Raya Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ARIF (kiri) dan Haikal dijadualkan menghadapi Terbuka Singapura dari 12 hingga 17 Julai ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki dalam pembikinan, Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri tidak terkilan walaupun mereka terlepas meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Pasangan di ranking ke-80 dunia itu akan bertolak ke Singapura petang ini untuk menghadapi saingan Super 500 Terbuka Singapura yang akan bermula 12 hingga 17 Julai ini.

Bagi Wan Arif, pemain berusia 20 tahun dari Kemaman, Terengganu itu berharap pengorbanan dia dan pasangannya dapat menuai hasil lumayan pada kejohanan di Stadium Tertutup Singapura itu nanti.

“Sambut raya (Aidiladha) dalam bas kerana petang esok (petang ini) kami akan bertolak ke Singapura. Kalau ada rezeki harap dapat masuk ke separuh akhir di Singapura nanti,” katanya.

Beregu yang diberi julukan nama ‘Patatimo Boys’ itu mencipta sensasi apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Malaysia Masters 2022.

Perjalanan mereka pada saingan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu terkandas di tangan pasangan ranking kelima dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 10-21, 16-21 kelmarin.

“Ini adalah satu pengalaman yang baik buat kami berdua. Namun, masih banyak lagi yang perlu kami tingkatkan terutama dari segi kekuatan pukulan bola dan konsistensi permainan.

“Sekurang-kurangnya kami sudah tahu apa yang perlu diperbaiki untuk bertemu dengan beregu-beregu handalan dunia,” jelas Haikal.

Selepas Terbuka Singapura, kejohanan seterusnya bakal disertai Wan Arif-Haikal adalah saingan bertaraf Super 300 iaitu Terbuka Taiwan dari 19 hingga 24 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI