fbpx

Warga emas nyaris maut dilibas parang dalam kejadian samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian samun di sebuah rumah di Taman Hijau Karak di Bentong semalam.

BENTONG – Seorang warga emas nyaris maut selepas dilibas parang dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Hijau Karak, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang berusia 72 tahun mengalami kecederaan di bawah leher akibat terkena libasan parang manakala cucu mangsa berusia 18 tahun dihentak di kepala menggunakan bahagian belakang parang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, berdasarkan laporan dua lelaki bersenjatakan parang telah memasuki rumah mangsa yang tinggal bersama isteri dan cucunya.

“Suspek kemudiannya telah melarikan barang kemas berupa rantai dan cincin milik isterinya yang berusia 69 tahun.

“Dalam kejadian ini mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah leher sebelah kanan kerana dilibas parang oleh salah seorang suspek manakala cucu lelaki mangsa mengalami bengkak di kepala kerana dihentak menggunakan bahagian belakang parang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar bertutup kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek yang dipercayai berusia lingkungan 20-an dan 30-an tahun masih giat dilakukan.

“Terdapat rakaman kejadian yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI