fbpx

Shinzo Abe disangka mati, Menteri Kewangan Britain padam ciapan Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadhim tersilap sangka berkenaan maklumat yang diterima mengenai insiden tembakan melibatkan Abe dan menyangka beliau telah meninggal dunia. - Twitter

LONDON – Canselor Perbendaharaan Britain yang baru dilantik, Nadhim Zahawi secara tidak sengaja telah memuat naik ciapan bahawa bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah meninggal dunia, lapor portal berita MailOnline.

“Berita menyayat hati dari Jepun. Bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe telah meninggal dunia selepas ditembak oleh penyerang.

Kami memasuki politik untuk berkhidmat dan mencuba dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik, seorang lelaki yang baik telah kehilangan nyawanya dalam mengejar matlamat murni itu,”  tulisnya di Twitter pada 06:07 waktu tempatan.

Nadhim yang menyangka Abe maut dalam kejadian tembakan di Nara telah memadam ciapan tersebut dan mengakui kesilapannya dalam menerima maklumat.

Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, ditembak awal hari ini ketika berkempen untuk pilihan raya parlimen.

Perdana Menteri Jepun,  Fumio Kishida berkata Abe, 67, berada dalam keadaan yang kritikal apabila jantungnya terhenti selepas rebah akibat menerima tiga tembakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI