fbpx

Lelaki pakai songkok terlalu tinggi ke masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki warga emas memakai songkok tinggi di masjid. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang lelaki usia warga emas yang memakai songkok terlalu tinggi di sebuah masjid, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @ngakaksehat.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki warga emas itu kelihatan berjalan memasuki sebuah masjid.

Penampilan lelaki berbaju putih dan berkain pelikat itu kelihatan sangat berbeza apabila dia dilihat memakai songkok yang sangat tinggi di kepalanya.

Lelaki itu berjalan dengan santai dengan menundukkan kepalanya sedikit. Dia kemudian mendekati jemaah lain yang duduk di barisan belakang lalu bersalam dengan mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Macam mana nak rukuk ya,” kata seorang netizen.

“Mungkin dia jadi imam,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI