fbpx

Kanak-kanak, remaja imun lemah disaran ambil dos tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 17 tahun yang berada dalam kategori masalah imun lemah (immunocompromised) dinasihatkan mendapatkan dos tambahan Covid-19 bagi melengkapkan vaksinasi primer tiga dos selepas menjalani penilaian pakar perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dalam kategori ‘immunocompromised’, hendaklah disahkan oleh pakar perubatan kerajaan dan swasta selain sekurang-kurangnya lapan minggu selepas menerima dos kedua.

Katanya, selain itu, Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga mengesyorkan supaya dos penggalak bagi individu sederhana atau masalah imun lemah yang teruk (moderate atau severe immunocompromised) berusia 12 hingga 17 tahun dikategorikan semula sebagai dos ketiga dan menjadi pelengkap kepada vaksinasi primer.

“Hanya setelah melengkapkan vaksinasi primer tiga dos, barulah dos penggalak pertama boleh diberikan kepada individu ‘moderate atau severe immunocompromised’ berusia12 hingga 17 tahun.

“Langkah ini bertujuan memberi perlindungan optimum kepada kumpulan remaja ini daripada risiko mendapat jangkitan Covid-19 dengan gejala yang teruk,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kriteria kelayakan bagi penerima dos ketiga ini adalah individu berumur 12 hingga 17 tahun dalam kategori ‘immunocompromised’ disahkan oleh pakar perubatan kerajaan dan swasta selain sekurang-kurangnya 28 hari selepas menerima dos kedua.

Katanya, individu ‘moderate atau severe immunocompromised’ berumur 12 hingga 17 tahun juga boleh mendapatkan dos penggalak pertama setelah menepati kriteria ditetapkan.

Syarat tersebut ialah individu berumur 12 hingga 17 tahun dalam kategori ‘immunocompromised’ disahkan oleh pakar perubatan kerajaan dan swasta serta sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksinasi lengkap tiga dos primer. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI