fbpx

Berang ditegur tidak bekerja punca adik bunuh abang, kakak ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengangkat jenazah suami isteri yang disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Bercham di Ipoh semalam.

IPOH – Berang ditegur kerana tidak bekerja dipercayai menjadi motif utama pembunuhan pasangan suami isteri di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Bercham di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berlaku pertengkaran antara suspek dan kakak iparnya disebabkan isu tersebut selain dia dikatakan merosakkan komputer di rumah berkenaan.

Katanya, suspek yang berang bertindak menyerang mangsa sebelum memukul suami wanita itu yang juga abangnya yang datang untuk membantu.

“Suspek dikatakan seorang panas baran dan cepat marah, pertengkaran dengan kakak iparnya kerana isu tidak bekerja membawa kepada pembunuhan mangsa.

“Kita juga percaya terdapat motif lain iaitu membabitkan dendam lama antara suspek dan mangsa, namun ia masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, selain menjumpai sebilah kapak yang dipercayai digunakan dalam insiden pembunuhan berkenaan, pihaknya percaya terdapat senjata lain yang digunakan suspek semasa kejadian.

Katanya, senjata yang digunakan itu dipercayai sebilah pisau berukuran kecil dan tali untuk menjerut leher mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI