Amirudin bersama warga sekolah SMK Telok Panglima Garang dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Foto: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Jangan ikut emosi pinda Akta Kanak-Kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT- Sebarang cadangan meminda Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk meningkatkan hukuman terhadap pelaku pembunuhan, perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak berlandaskan emosi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap peruntukan dan hukuman dalam akta berkenaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pelaku dan mangsa.

“Saya tidak menolak cadangan (minta kerajaan menjalankan hukuman lebih berat kepada pembunuh di bawah Akta 611), tetapi sebarang peruntukan dan tambahan hukuman perlu dilihat dalam semua aspek.

“Apa-apa sahaja peruntukan dan hukuman bukan sahaja dikaji dan dibuat oleh Ahli Parlimen, malah pakar dalam bidang tersebut dilibatkan supaya hukuman yang ditetapkan dalam akta adalah adil kepada semua,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan orang ramai terutama netizen supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap remaja yang melakukan pembunuhan di bawah Akta 611. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN