fbpx

Banjir Baling: SAM gesa MB Kedah dedah hasil siasatan kepada umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang berlaku di Baling baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) meluahkan kekecewaan apabila gesaan supaya suruhanjaya siasatan awam (COI) berhubung kejadian banjir di Baling, Kedah telah ditolak kerajaan negeri Kedah, serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA).

Presidennya, R. Meenakshi berkata, pada Rabu lalu, SAM menggesa kerajaan negeri Kedah mengadakan COI bagi mengetahui punca berlakunya banjir di Baling.

”Kami membuat seruan ini untuk mengelak satu lagi tragedi seperti ini berlaku dan bukan hanya menyalahkan alam, terutamanya kerana intensiti dan kekerapan hujan yang luar biasa akibat perubahan iklim akan menjadi masalah yang berulang.

”Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata COI seperti itu tidak diperlukan, memandangkan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat sedang menyediakan laporan mereka berhubung insiden ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, SAM berpandangan bahawa menyediakan laporan sebegitu dan menyerahkan kepada Menteri Besar sahaja tidak mencukupi.

”Orang ramai perlu tahu apa yang berlaku dan mengapa ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan dan kematian yang telah berlaku.

”Menteri Kedah perlu telus dalam hal ini, dan bertanggungjawab kepada orang ramai di mana kesemua fakta mesti dibongkar,” katanya.

Tambahnya, tidak cukup untuk menyalahkan kerajaan terdahulu atas sebarang tindakan atau tidak bertindak kerana kerajaan sedia ada mesti memperbetulkan apa yang salah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI