fbpx

Banjir Baling: Majikan diminta beri cuti bergaji kepada mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (tengah) bersama kakitangan JKR dan tentera yang terlibat dalam pembinaan jambatan di Kampung Iboi, Baling hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

BALING – Majikan diminta untuk memberi kelonggaran dengan memberi cuti bergaji kepada pekerja yang menjadi mangsa kepala air dan banjir di Kupang di sini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pertimbangan daripada pihak majikan termasuk swasta sangat diperlukan bagi memudahkan mangsa membersihkan kediaman masing-masing.

Katanya, tempoh masa itu juga penting bagi membolehkan penduduk terjejas termasuk yang kehilangan ahli keluarga bertenang.

“Pada masa ini biarlah mereka selesaikan masalah mereka dahulu, banyak perkara perlu diuruskan. Ada yang tiada tempat berlindung kerana rumah sudah hanyut selain timbunan selut memenuhi setiap ruang.

“Kalau mereka datang kerja pun tidak ada hati langsung nak bekerja kerana memikirkan keadaan mereka yang di rumah ada anak isteri, jadi saya harap majikan beri cuti bergaji. Jangan potong gaji mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementeriannya kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Surau An-Nur di Taman Mesra di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI