fbpx

14 bandar laksana inisiatif hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha (tengah) meletakkan anak pokok bakau semasa gimik pelancaran IMT-GT & BIMP-EAGA Green City Action Plan di Hotel Aloft Langkawi, Jalan Pantai Tengah, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Sebanyak 14 buah bandar di seluruh negara akan melaksanakan inisiatif Green City Action Plan (GCAP) sepanjang tahun 2021 hingga 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, pada tahun ini, tiga buah bandar iaitu Langkawi, Kota Bharu dan Kuching telah dipilih untuk pelaksanaan inisiatif tersebut.

Bandar lain yang terlibat adalah Kangar, Kulim, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Manjung, Teluk Intan, Seremban, Labuan, Pulau Pinang dan Seberang, namun kesemuanya dilakukan secara berperingkat.

Menurutnya, GCAP dilaksanakan bagi memastikan bandar lestari yang mempunyai pembangunan mampan serta mencipta peluang pelaburan hijau dengan menerima kepakaran antarabangsa daripada Asian Development Bank (ADB), ICLEI – Local Governments for Sustainability (ICLEI) dan IMT-GT Joint Business Council (JBC Malaysia).

“Kepakaran yang diberi ADB dan ICLEI adalah kaedah bagi memastikan bandar-bandar ini memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk menjadikan bandar itu hijau.

“Pakar ini akan menetapkan beberapa indikator untuk mewujudkan bandar hijau, dan kepakaran mereka adalah untuk menilai dan melaksanakannya,” katanya selepas melancarkan IMT-GT & BIMP-EAGA Green City Action Plan di Hotel Aloft Langkawi, Jalan Pantai Tengah, di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan, Langkawi merupakan pilihan yang tepat bagi pelaksanaan inisiatif ini kerana statusnya sebagai pulau pelancongan yang terkenal dengan alam semulajadi perlu dilindungi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI