fbpx
Anggota bomba menggunakan pengusung untuk membawa seorang lelaki warga emas turun selepas dia diserang angin ahmar ketika beriadah di Bukit Wawasan, Puchong hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Warga emas diserang angin ahmar atas bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Aktiviti riadah seorang lelaki warga emas bertukar tragedi apabila dia secara tiba-tiba diserang angin ahmar yang mengakibatkan bahagian kiri badannya lumpuh dalam kejadian di Bukit Wawasan di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.31 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai sembilan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong telah dikerahkan ke lokasi untuk memberikan bantuan.

“Apabila sampai di lokasi enam minit kemudian, pasukan penyelamat mendapati mangsa yang berusia 61 tahun itu mengalami lumpuh di bahagian kiri badannya dipercayai terkena serangan angin ahmar (minor strok).

“Mangsa dalam keadaan sedar serta boleh bercakap dan usaha membawa lelaki itu turun sedang dilakukan dengan menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN