fbpx

Usahawan hartanah bantu tertuduh wanita curi Milo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Suhaini dihukum penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri dua paket minuman malt jenama Milo di Mahkamah Majistret Marang pada Selasa lalu.

MARANG – Nasib suri rumah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana mencuri dua paket minuman malt jenama Milo di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa lalu mendapat simpati usahawan hartanah terkenal, Muhammad Azlan Al-Amin.

Beliau mengambil inisiatif mendapatkan khidmat guaman buat Suhaini Mohd., 43, yang kini ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan bagi mendapatkan permohonan penangguhan hukuman.

Peguamnya, Datuk Naran Singh berkata, permohonan penangguhan hukuman dan jaminan tersebut telah dikemukakan secara online kepada Mahkamah Marang di sini hari ini.

“Kami (Muhammad Azlan dan beliau) bersepakat untuk membantu tertuduh (Suhaini) atas dasar kemanusiaan.

“Tidak kisah lah dia mempunyai rekod jenayah lampau dan penagih dadah, tertuduh tetap seorang ibu kepada empat anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Naran berkata, anak-anak Suhaini amat memerlukan kasih sayang wanita apatah lagi sambutan Aidiladha bakal tiba hujung minggu ini.

Kosmo! Rabu lalu melaporkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memerintahkan Suhaini dihukum penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri minuman malt jenama Milo di sebuah pasar raya di sini pada 6 Jun lalu.

Sebelum ini suri rumah yang juga penagih dadah mempunyai tiga rekod jenayah juga mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI