fbpx

Sinar Senyuman Al-Shams bantu OKU dapat pelan perlindungan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazrul Hisham (dua dari kanan) bersama Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi (kiri) ketika gimik pelancaran program Sinar Senyuman Al-Shams di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Zurich Malaysia melalui agensi Rangkaian Francais Teras Legacy bakal memberi peluang bagi orang kelainan upaya (OKU) untuk mempunyai kerjaya dalam perkhidmatan kewangan melalui program Sinar Senyuman Al-Shams.

Melalui satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral), program pertama seumpama itu mampu memperkasa OKU untuk menerokai kerjaya yang mungkin tidak terfikir sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich, Nazrul Hisham Abd. Hamid berkata, pihak Zurich Malaysia dan Teras Legacy juga bakal membimbing dan melengkapkan golongan tersebut dengan kemahiran yang diperlukan. 

“Kami berusaha untuk memberi impak positif yang berkekalan dalam komuniti termasuk OKU yang merupakan ahli masyarakat yang sama penting.

” Kami ingin menyokong golongan ini untuk terus berdikari dan mendapat perlindungan terutamanya dalam dunia serba mencabar ketika ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama OKU Sentral di Hotel Pavillion, dekat sini hari ini.

Tambahnya, Sinar Senyuman Al-Shams juga menjamin penerimaan permohonan OKU berdaftar ke dalam pelan perlindungan Zurich Takaful Al-Shams termasuklah mereka yang mempunyai penyakit kritikal sedia ada.

“Bukan itu sahaja,  OKU yang mempunyai penyakit kongenital atau tidak layak untuk mendapatkan perlindungan daripada sumber lain juga turut diterima.

“Ciri Penerimaan Terjamin memudahkan proses untuk golongan OKU kerana ia tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan semasa memohon pelan takaful ini, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI