fbpx

Netizen kagum pawang Subang cium buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini mencium kepala buaya tersebut sebelum haiwan itu perlahan-lahan menyelam ke dalam air kolam. – Instagram @indoflashlight

JAKARTA – Aksi seorang lelaki yang didakwa ‘pawang buaya’ mencium kepala reptilia itu menjadi tular dengan ramai netizen menganggap perbuatan tersebut berbahaya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan dalam akaun Instagram @indoflashlight, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Subang, wilayah Jawa Barat.

Ia memaparkan seorang lelaki sedang mencangkung di tepi   kolam berlumut sambil memercik air ke arah seekor buaya yang membuka luas mulutnya.

Dia kemudian menghampiri buaya tersebut dan mencium  kepala binatang buas itu.

Buaya tersebut hanya berdiam diri sebelum menyelam semula ke dalam air secara perlahan-lahan.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen mengecam tindakan tersebut meskipun mengagumi keberanian lelaki berkenaan.

“Jangan sesekali menyangka kita mampu menjinakkan buaya. Sejinak-jinak buaya pasti naluri buasnya akan muncul. 

“Kucing yang dibela di rumah pun kadang-kadang mencakar tuannya, apatah lagi buaya yang bukannya haiwan peliharaan,” nasihat seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI