fbpx
ISMAIL SABRI bersalaman dengan Erdogan selepas selesai sidang akhbar bersama yang bersiaran secara langsung dari Ankara, Turkiye.

Malaysia iktiraf ijazah daripada 208 universiti Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia kini mengiktiraf ijazah daripada 208 universiti di seluruh Turkiye.

Ismail Sabri berkata, berita baik tersebut telah disampaikan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam perbincangan di antara mereka yang berlangsung di Kompleks Presiden di Ankara, Turkiye hari ini.

“Alhamdulillah, saya telah menyampaıkan berita baik kepada Presiden Turkiye bahawa kerajaan Malaysia telah mengiktiraf ijazah daripada 208 universiti di Turkiye.

“Saya yakin, ini akan meningkatkan produk-produk penyelidikan bertaraf antarabangsa dari universiti kedua-dua negara,” katanya pada sidang akhbar bersama Erdogan yang bersiaran secara langsung dari Ankara, Turkiye sebentar tadi.

Tambah beliau, keputusan itu adalah khabar yang dinanti-nantikan oleh anak-anak Keluarga Malaysia yang telah dan sedang menimba ilmu di negara republik tersebut.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan tentang persetujuan beliau dan Erdogan agar kerjasama kedua-dua negara ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif.

“Tahun ini merupakan ulang tahun ke-58 hubungan diplomatik Malaysia-Turkiye malah pada 2014, semasa lawatan Erdogan ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Turkiye telah melancarkan Kerangka Kerjasama Strategik.

“Pada hari ini kami telah bersetuju agar kerjasama itu ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagai sektor,” katanya.

Jelas beliau, perkembangan skop tersebut kini meliputi sektor seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan makanan, pelancongan, perbankan Islam, dan industri pertahanan yang akan terus dikembangkan untuk manfaat bersama,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN