fbpx

Bersedia untuk satu lagi kenaikan OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM berpandangan bank-bank pusat akan terus membuat pelarasan dasar monetari bagi mengurangkan tekanan inflasi berikutan harga komoditi tinggi dan permintaan kukuh. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia sepatutnya perlu bersedia dari sekarang untuk satu lagi kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang dijangka pada September ini.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, sekiranya dilihat pada krisis subprima pada 2008, Bank Negara Malaysia pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut dalam tempoh cuma sekitar tiga bulan.

Dr. Ahmed Razman

“Untuk ketiga-tiga kenaikan tersebut ia dibuat pada kadar sama, iaitu sebanyak 25 mata asas jadi kita mungkin bakal menyaksikan situasi sama berulang.

“Sekiranya dilihat pada kadar sebelum pandemik, OPR adalah sekitar tiga hingga 3.25 peratus, jadi kadar 2.25 peratus sekarang masih boleh dianggap kecil dan meskipun komitmen hutang naik, ia tidaklah begitu ketara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmed Razman menjelaskan, kenaikan OPR hanya melibatkan pinjaman pada kadar faedah berubah seperti pembiayaan kediaman dan pinjaman peribadi.

Jelasnya, pada pinjaman kediaman sekitar RM400,000, kenaikan sebanyak 25 mata asas mungkin akan meningkatkan komitmen bulanan kepada bank kira-kira RM40 hingga RM50.

Dr. Mohd. Afzanizam

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid turut berpandangan sama bahawa OPR akan dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas pada September.

“Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menyatakan bahawa prospek pertumbuhan ekonomi yang positif memungkinkan mereka melaras OPR ke paras lebih tinggi, sesuai dengan ekonomi semasa.

“Selain itu, situasi kenaikan inflasi yang disebabkan kenaikan faktor permintaan serta tolakan kos turut menjadikan kenaikan OPR adalah diperlukan bagi memperlahankan kadar kenaikan inflasi,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI