fbpx
NAJID Abu menunjukkan ikan baung ekor merah hasil yang berjaya ditangkap menggunakan taut di Sungai Jelai dekat Kampung Tanjung Buluh di Lipis hari ini.

Baung ekor merah gergasi 50 kilogram dijual RM1,250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Ketua Kampung Tanjung Lipis Najid Abu tidak menyangka rutin hariannya menahan taut akhirnya berjaya mendapat seekor ikan baung ekor merah gergasi seberat 50 kilogram di Sungai Jelai hari ini.

Najid berkata, ikan baung gergasi berjaya ditangkap menggunakan tali pancing yang diikat pada dahan pokok di tepi sungai menggunakan umpan ikan keli hidup itu berjaya memberikan pulangan lumayan apabila dia memperoleh hasil jualan RM1,250.

“Selepas menghantar anak ke sekolah hari ini saya turun ke sungai pada pukul 7.30 pagi untuk melihat taut yang dipasang petang semalam dan tergamam apabila melihat seekor ikan baung ekor merah bersaiz besar menggelupur di permukaan air untuk melepaskan diri.

“Mungkin rezeki menyebelahi saya, sekiranya lewat ikan ini boleh terlepas kerana tali taut yang diikat pada dahan pokok tepi sungai ini boleh putus direntap ikan ini,” katanya di Kampung Tanjung Buluh dekat sini hari ini.

Najid berkata, dia mengambil masa hampir 10 minit untuk menarik baung ekor merah itu yang masih kuat meronta naik ke atas darat dan berhati-hati supaya tidak terlepas ke dalam sungai.

Katanya, ikan itu kemudiannya dibawa ke sebuah kedai runcit di pekan Kerambit di sini untuk dipotong dan ditimbang bagi dijual kepada orang ramai dengan harga RM25 sekilogram. – KOSMO! ONLINE

POPULAR