fbpx

Aura jadi perhatian, giliran Adi Putra ‘menyilau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARA-gara Mat kilau, netizen tertarik dengan pesona dan kekacakan Adi Putra.

SELEPAS nama Fattah Amin menjadi sebutan jutaan netizen sejak filem Mat Kilau ditayangkan, kini giliran Datuk Adi Putra pula tular dalam media sosial.

Masakan tidak, media sosial khususnya TikTok dilambakkan dengan pelbagai video mengenai Adi termasuk aksi-aksi tangkasnya sebagai Mat Kilau.

Tidak kurang juga, ada yang ‘menyelongkar’ semula filem dan drama yang pernah dibintanginya seperti Cinta Si Wedding Planner dan Aku Terima Nikahnya.

“Kenapa baru sedar Adi sebenarnya kacak? Minat sejak zaman dia jadi gengster lagi,” puji netizen

“Aura dia macam pelakon Korea, Ji Chang-wook,” komen netizen.

“Semakin berumur semakin kacak dan mempersonakan,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Memang lain macam penangan Adi sekarang ini. Selain Fattah, tahun ini juga boleh dikatakan menjadi miliknya sehingga ada yang mahu dia diberi anugerah pelakon lelaki terbaik 2022.

Jadi, memang padanlah watak Mat Kilau untuknya, semakin menyilau!

MIZZ LAHAR: Watak Ibrahim lakonan Ali Karimi agak menyerlah dalam Mat Kilau tetapi mengapa kurang publisiti diberikan untuknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI