fbpx

200 bas elektrik akan beroperasi di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILANGAN penumpang bas meningkat akibat peningkatan kos bahan api. - Thaiger

BANGKOK – Pihak Berkuasa Transit Massa Bangkok (BMTA) akan bekerjasama dengan beberapa syarikat swasta untuk menambah lebih 200 bas elektrik bagi meningkatkan kapasiti bertujuan untuk mengangkut sehingga sejuta penumpang setiap hari, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penambahan bas elektrik baharu merupakan sebahagian daripada usaha Bangkok untuk menaik taraf perkhidmatan bas lama dan mengurangkan pengeluaran karbon.

Sistem bas elektrik baharu akan mengisi kekosongan perkhidmatan yang dijadualkan secara berkala selain mengurangkan pencemaran di sekitar Bangkok. 

Kontrak itu adalah untuk tempoh dua tahun dan akan diberikan kepada syarikat-syarikat swasta terpilih.

Pusingan pertama perkhidmatan akan bermula November tahun ini dengan penambahan 90 bas elektrik baharu.

Ia dijadualkan meliputi beberapa laluan utama Stesen Besar Bang Sue yang baharu dan Pusat Konvensyen Permaisuri Sirikit.

BMTA berkata, pihaknya tidak mempunyai dana untuk membeli bas baharu bagi menaik taraf operasi, namun akan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menyediakan perkhidmatan baharu itu di sekitar Bangkok.

Kekurangan bas menimbulkan masalah kepada BMTA apabila penumpang mengalami kelewatan yang berlarutan. Bilangan penumpang pula meningkat daripada 600,000 kepada lebih 700,000 orang ketika ini, manakala harga bahan api melambung tinggi.

BMTA menganggarkan, pihaknya perlu menambah 224 bas elektrik berikutan peningkatan permintaan tersebut.

Pada masa ini, sebanyak 2,885 bas awam beroperasi di 107 laluan di Bangkok, menjadikan 17,000 perjalanan setiap hari. Menurut BMTA, bilangan perjalanan akan ditambah kepada 19,000 setiap hari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI