fbpx
LIM (tiga dari kanan) pada majlis penyempurnaan binaan bangunan bagi projek MET 1 Residences di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Projek MET 1 Residences dijangka siap suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Projek MET 1 Residences milik Naza TTDI Sdn. Bhd. (Naza TTDI) yang didirikan berhadapan projek hab komuniti bersepadu KL Metropolis dijangka siap menjelang suku keempat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI, Daniel Lim berkata, menara setinggi 55 tingkat itu menampilkan gaya hidup yang ringkas dan elegan serta menampilkan pemandangan panoramik latar langit bandar raya Kuala Lumpur yang menakjubkan.

Menurut beliau, terdapat empat susun atur tersedia di MET 1 Residences dengan kawasan binaan antara 677 kaki persegi hingga 1,613 kaki persegi yang mana setiap unit mempunyai pelan lantai dengan susun atur berkembar atau banglo, bergantung pada kawasan binaan yang menawarkan ruang selesa dan reka bentuk yang inovatif.

“Pembinaan MET 1 Residences kini mencapai ke tingkat ter­tinggi iaitu paras 55.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen Naza TTDI untuk ­menyiapkan projek ini walaupun melalui waktu sukar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyatan bersempena majlis penyempurnaan binaan bangunan bagi MET 1 Residences baru-baru ini.

KL Metropolis yang memiliki nilai pembangunan kasar RM1.37 bilion itu melibatkan kawasan seluas 30.2 hektar tanah untuk projek menara pejabat, pangsapuri servis Somerset, MET 1 Residen­ces serta pusat beli-belah tiga tingkat.

KL Metropolis, taman bandar terbesar di kawasan Mont Kiara itu berpotensi menjadi hab rek­reasi dan aktiviti utama di Kuala Lumpur.

Landskapnya dengan 1,092 pokok di bawah penghutanan semula bandar ini juga merupakan taman pelbagai ciri yang menawarkan aktiviti untuk pelawat di semua peringkat umur. -KOSMO! ONLINE

POPULAR